Wow... Nurfarahin Jamsari was and is a huge personality. She was along side Ezzah Aziz Fawzy as Tv3 personality and If I'm not mistaken she has this reality show contest thingy sponsored by a cosmetic company running recently on TV.
I still could not find any news on this over the net, I only managed to find this small photo of her. I'll post ano more pics of her on I get my hand on some.
I found the following article in Harian Metro, though it doesn't say who the personality was.
Edisi KL : Pengacara wanita ditahan khalwatOleh Nazarali Saeril
SUNGAI BULOH: Seorang pengacara wanita popular sebuah stesen televisyen swasta ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki anak bekas pegawai kanan kerajaan di Bandar Seri Damansara, di sini, malam tadi.
Pengacara wanita berusia 43 tahun itu ditahan di sebuah bilik di apartmen milik pasangan lelakinya kira-kira pada jam 11.30 malam.
Sumber berkata, sekumpulan pegawai Jais ke apartmen berkenaan selepas mendapat maklumat orang ramai berkaitan kehadiran wanita berkenaan di rumah itu.
âKetika pegawai Jais mengetuk pintu, lelaki berusia 38 tahun itu mengambil sedikit masa sebelum membuka pintu.
âKetika ditanya, dia mendakwa hanya berseorangan di rumah. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, pegawai Jais mendapati pengacara itu berada di sebuah bilik di kediaman berkenaan,â katanya, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pasangan berkenaan lengkap berpakaian ketika ditahan atau sebaliknya.
Pengacara terbabit dipercayai menyembunyikan diri di sebalik penyidai pakaian di bilik itu bagi mengelak ditahan.
âPemeriksaan lanjut mendapati hanya mereka berdua berada di sana dan selepas diminta menyerahkan dokumen pertalian perkahwinan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri.
âPegawai Jais membawa pasangan berkenaan ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membuat laporan,â katanya.
Pengacara itu dikatakan hanya menunggu di kereta sementara pegawai Jais membuat laporan.
Selepas dibebaskan dengan ikat jamin, pasangan terbabit beredar kira-kira pada jam 12 tengah malam.
Pengacara wanita itu berkhidmat di stesen televisyen swasta itu sejak belasan tahun manakala pasangannya pula tidak diketahui sama ada turut bekerja di tempat sama atau sebaliknya.
Sebelum ini, pengacara terbabit dikatakan berkahwin dan mempunyai anak tetapi buat masa sekarang, statusnya tidak dapat dipastikan.
Kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam jam 9 pagi hari ini.
huyooo.. dpt berita terdahulu dari org lain.. weh gosip panas nih.. hehe btw i'm commenting all the way fr the Sarawak training room hehe.. i'm done with my task and now they are trying the CMS. hehe
ReplyDeleteHai semua!
ReplyDeletetak sangka ya, kak Farah yang begitu kelihatan baik boleh khalwat, Patutle suara dia kat BersamaMu dah tak dengar & digantikan dgn suara Raja Mazian, walaupun I dpt tahu cerita ni lambat tapi I betul2 tak sangka personaliti yang I hormat boleh berbuat demikian? Salah siapa ya?! Habis roboh hormat I pada dia, kesian abg ipar I yang minat kat dia berbelas tahun musnah sama sekali.
Berita tu mmg betul pd ms tersebut sbb sy Ada bc dan ingat. Dlm hidup Ni kkdg manusia buat silap.
Deletesejarah berulang
ReplyDeletelike mother like daughter
why like mother like daughte?apa maksud disebaliknya?
ReplyDelete