Sunday, January 21, 2007

Some postman is grooving to our love letters



Posmen buang ratusan surat serah diri

BENTONG 21 Jan. – Posmen yang dipercayai bertanggungjawab membuang ratusan surat dan dokumen penting di Sungai Chamang, Bentong, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan, Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, lelaki itu yang mengaku melakukan perbuatan tersebut telah datang bersendirian ke balai polis berkenaan.

”Kita telah menyoal siasat suspek dan mendapati lelaki itu baru sahaja beberapa bulan berkhidmat sebagai posmen,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan sikap tidak bertanggungjawab seorang posmen sehingga menyebabkan penduduk di Sungai Chamang, Taman Saga dan Kemasul tidak menerima sebarang surat mahu pun dokumen penting sejak lebih sebulan lalu.

Perkara itu terbongkar apabila ratusan keping surat yang dikatakan tidak sampai kepada penerima ditemui terapung-apung di Sungai Chamang.

Mohd. Fakri memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun itu kini ditahan di lokap IPD Bentong untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, surat-surat yang telah ditemui semula oleh penduduk, kini berada di Pejabat Pos Bentong untuk tindakan selanjutnya.





** Some postman you turned out to be...

1 comment:

  1. Wonder what he does while he's supposedly on his rounds? :-P

    ReplyDelete